Wednesday, December 19, 2012

ini adalah karangan untuk folio kajian sejarah tempatan masa form 1.. :-)

TUAN GURU HAJI HASSAN BIN HAJI ABDUL RAHMAN

PENGASAS SEKOLAH AGAMA TAHZIB, TITI SERONG
PARIT BUNTAR, PERAK


          Tuan Guru Haji Hassan bin Haji Abdul Rahman telah dilahirkan pada 4hb April 1908. Ibunya bernama Serahi binti Haji Mohamad. Tuan Guru Haji Hassan mempunyai 2 orang saudara iaitu kekanda Hajjah Siti Fatimah dan adinda Haji Husein.

          Mereka telah dibawa ke Mekah oleh ibubapa mereka untuk mendalami ilmu agama. Bapa Tuan Guru Haji Hassan telah menjual semua harta dan rumah untuk mendapatkan wang saraan. Semasa berada di Mekah selama setahun, tanah Mekah diserang wabak demam tumbah. Mereka terpaksa pulang ke tanah air

          Tuan guru menjadi yatim piatu ketika beliau kecil dan dijaga kakaknya Hajjah Fatimah. Beliau dimasukkan ke Sekolah Melayu Titi Serong, Parit Buntar sahingga darjah 4. Tahun 1922 sewaktu berumur 14 tahun beliau diambil belajar di sekolah Agama Idirisiah, Bukit Chandan; Kuala Kangsar, Perak di bawah Skim Bantuan Anak Yatim.

          Dalam tahun 1932, AlFadhil Tuan Guru Haji Abdullah Fahim. (datuk kepada mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi) telah melantik beliau menjadi tenaga pengajar bertauliah di Sekolah Agama Idrisiah dan diminta mengajar kitab di Masjid Kota Lama Kiri dan beberapa masjid lain. Sewaktu ini beliau berada di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

          Ketika berumur 26 tahun, tuan guru dinikahkan dengan Rokiah binti Abdul Wahab dihadapan kadi dan imam Habib Noh di Kota Lama Kiri bersaksikan Mufti Perak , Tuan Haji Wan Abdul Rahman. (1934-1941) Tuan guru tinggal dirumah no 209-iaitu rumah sekolah Idrisiah dan mendapat empat orang anak lelaki. Anaknya yang sulung bernama Mohamad Noor bin Haji Hassan(datukku).

          Ketika tentera Jepun menyerang Tanah Melayu dalam tahun 1941, Tuan Guru Haji Abdul Fahim dan Tuan Guru Haji Hassan bersama anak-anaknya melarikan diri ke Sungai Siput Ulu. Pada 3hb Mac 1942, Tuan Guru anak beranak telah dijemput balik ke kampung Tebok Haji Musa, Parit Buntar, Perak.

          Rumah Tuan Guru Haji Hassan didirikan secara gotong-royong oleh ahli keluarganya di atas tanah kepunyaan Mat Anan bin Serawi di Kampung Tok Alus. Di rumah inilah empat orang lagi anaknya dilahirkan. Pada 4hb Mei 1957, tuan guru bersama dengan  keluarganya berpindah ke atas tanah sendiri; Kampung Titi Serong yang cuma 100 meter jauhnya. Disinilah beliau menetap sehingga ke akhir hayatnya. Disini jugalah anak bongsunya dilahirkan. Beliau mempunyai 7 orang anak lelaki  dan 4 orang anak perempuan. Seorang anak lelaki dan seorang anak perempuannya telah meninggal sewaktu kecil.

          Penduduk Qariah Masjid Tebok Haji Musa telah berpakat mendirikan sekolah agama rakyat. Pelajar lelaki dan perempuan diajar dalam kelas berasingan. Disinilah Tuan Guru mencurahkan baktinya sehingga ke akhir hayat. Beliau memegang beberapa jawatan penting dalam masyarakat kampung seperti :-
1. Pengerusi Masjid Jamek, Tebok Haji Musa
2. Pengerusi Persatuan Khiarat Kematian Titi Serong
3. Ahli Jawatankuasa Persatuan Guru Sekolah Rakyat Daerah Kerian, Agama

          Pengiktirafan terbaik Tuan Guru Haji Hassan ialah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak menjadi ahli Majlis Fatwa Negeri Perak selama dua penggal berturut-turut iaitu disekitar tahun awal 70-an. Tuan Guru juga diminta membantu mengajar selama lebih 1 tahun iaitu dalam tahun 60-an. Ramai bekas pelajar beliau menjadi pegawai tadbir dan guru agama sewaktu ini.

          Tuan Guru mengidap sakit lelah dari kecil lagi. Walaupun begitu, ia tidak menghalang beliau daripada menabur bakti kepada masyarakat. Tuan guru mula diserang sakit jantung pada 24hb September 1976 selama 48 hari dan kembali ke rahmatullah pada 10hb November 1976. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Tebok Haji Musa pada 11hb November 1976 jam 9.00 pagi

          Padamlah sebatang lilin ditengah-tengah masyarakat yang sedang membangun. Kematian Tuan Guru ditangisi oleh semua peringkat masyarakat. Semoga roh Tuan Guru Haji Hassan dirahmati Allah.



AL-FATIHAH...aminn

Tuesday, October 30, 2012

Gelas ?





Cuba kau tengok gelas ni. Dalam ni ada air. Kasih sayang aku dekat dia dah tinggal 1/6 macam air dalam gelas ni.


*senyum*


Kenapa kau senyum?


Ok mana lagi 5/6 air dalam gelas ni?


Aku dah minum.


*senyum*


Kenapa kau senyum.


Mana pergi lagi 5/6 kasih sayang kau dekat dia?


Tak tahu.



Kau tahu tak kenapa kasih sayang kau dekat dia tinggal 1/6 je?



Tak tahu.


*senyum*


Kenapa kau senyum?


Sebab lagi 5/6 kasih sayang kau dekat dia tu dah ada dalam diri kau. 


Kenapa pula?


*senyum*


Kenapa kau senyum?


Sebab kau dah minum 5/6 air dalam gelas tu. 1/6 air yang tinggal tu kau tak pasti nak minum ke tak. Mungkin kau minum. mungkin kau buang. Sama juga macam kasih sayang kau dekat dia. Get it?


*blurr*



_________________________________________

"Sometimes we need to do something to show people how we feel, even when they're not here to see it."
_________________________________________